Kursus

18 Ogos 2021 - Kursus Legasi Raja-Raja

Penganjuran kursus ini bertujuan memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada peserta bagi lebih mendalami institusi beraja melalui muzium sebagai agen serta isi kandungan Perlembagaan Persekutuan terutama peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjadi signifikan ke arah kestabilan dan keharmonian di Malaysia.

Sepanjang kursus berlangsung bagi tiga (3) sesi, seramai 110 orang keseluruhannya telah menyertainya sehingga ke penghujung kursus. Antara segmen dalam kursus ini adalah lawatan berpandu di ruangan terpilih Muzium Diraja secara maya sebagai pengetahuan kepada peserta bagi sejarah keberadaan golongan kerabat diraja khususnya. Selain itu, kursus diteruskan dengan topik 'Muzium Sebagai Agen Memupuk Semangat Cintakan Negara' dan sesi akhir dengan topik ' Peranan dan Fungsi Institusi Beraja dalam Perlembagaan Persekutuan'. 

     
6 Februari 2021 - Kursus Istiadat Istana dan Etiket Sosial Diraja

Penganjuran kursus ini bertujuan memberikan pengetahuan dan pemahaman kepada para peserta mengenai pengurusan protokol yang boleh diaplikasikan dalam sesebuah istiadat, majlis kehormat atau majlis rasmi. Selain itu, penganjuran kursus berbayar ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para peserta yang hadir termasuk warga UiTM dan orang awam (pegawai jabatan kerajaan, pelajar sekolah menengah, mahasiswa IPTA dan lain-lain). 

Sepanjang kursus berlangsung bagi empat (4) sesi, terdapat beberapa tajuk yang disampaikan seperti Protokol Raja-Raja, Protokol Pengurusan Majlis Rasmi Kerajaan, Protokol Penampilan Diri, Protokol Tertib Meja Makan, Protokol Etiket Sosial dan Pengacaraan Majlis.

     

 

Hubungi Kami

  • Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu
  • Universiti Teknologi MARA
  • Aras 5, Kompleks Al-Farabi, Blok D
  • 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
  • Tel :  03-5544 4114/ 4154/ 4047
  • Faks :  03-5544 3740
  • Email : kursirajamelayu@uitm.edu.my

 

© Hak Cipta Kursi Institusi Raja-Raja Melayu 2021

Penafian & Hak Cipta Terpelihara | Kenyataan Privasi | Dasar Keselamatan ICT

Menu