Penubuhan Kursi

  Penubuhan Kursi Institusi Raja-Raja Melayu merupakan satu usaha untuk memartabatkan serta memperkasakan Institusi Raja-Raja Melayu di negara ini di samping memberi gambaran yang sebenar tentang peranan Raja-Raja Melayu seterusnya mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.

 

 

Cadangan penubuhan Kursi Institusi Raja-Raja Melayu adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat dan turut menyebarkan maklumat melalui aktiviti pengajaran, penyelidikan, seminar dan persidangan sebagai satu usaha untuk memartabatkan serta memperkasakan institusi beraja di negara ini di samping memberi gambaran yang sebenar tentang peranan institusi Raja-Raja dan mempertahankan kedaulatan institusi beraja.

Sebagai sebuah universiti awam, UiTM juga berhasrat untuk menubuhkan Kursi Institusi Raja-Raja Melayu. Kursi yang dicadangkan ini adalah sebagai sebuah pusat pengajian, penyelidikan, rujukan dan pengumpulan dokumentasi berkaitan institusi Raja-Raja Melayu di Malaysia dan Nusantara. Hasil kajian berkaitan dengan institusi Raja-Raja boleh disebar luas dan dimanfaatkan bersama kepada masyarakat dan dunia.

Idea dan inisiatif penubuhan Kursi Institusi Raja-Raja Melayu bermula pada tahun 2014 di mana Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) telah diberi tanggungjawab sebagai sekretariat penubuhan. Pewujudan Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM melalui proses kelulusan penubuhan di peringkat Lembaga Pengarah Universiti (LPU), UiTM. Kelulusan penubuhan Kursi diperingkat universiti ini telah telah dimajukan kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk tujuan pemakluman seterusnya diangkat kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia bagi tujuan memohon perkenan Majlis Raja-Raja. 

Hasrat penubuhan Kursi Institusi Raja-Raja Melayu di UiTM telah disembah taklimat oleh Naib Canselor UiTM dalam Mesyuarat Pre-Council Majlis Raja-Raja Ke–247 di Balai Seri Maharaja, Istana Negara pada 10 Oktober 2017.

Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM mula beroperasi pada bulan Julai 2018. Penyandang yang dilantik ialah YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr Zainal bin Kling. Ini merupakan lantikan Penyandang Kursi yang pertama dan tempoh lantikan adalah selama 2 tahun iaitu bermula pada 02 Julai 2018.

 

 
  • Memberi kesedaran dan kefahaman yang jelas dan tepat kepada masyarakat terutamanya generasi muda mengenai kepentingan Sultan dan Raja serta sejarah dan asal-usul keturunan mereka

  • Bertindak sebagai pusat rujukan dan repositori bagi dokumen, data-data dan maklumat berkaitan Raja-Raja Melayu

  • Bertindak sebagai satu entiti yang bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan dalam menggariskan polisi kepada masyarakat berkaitan dengan Raja-Raja Melayu

  • Menjelaskan tentang wasiat Raja-Raja Melayu yang menjadi nadi kepada roh semangat Melayu dalam jiwa masyarakat

  • Menjelaskan peranan Raja-Raja Melayu yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kepentingan dan kedudukan orang-orang Melayu tanpa mengabaikan kedudukan dan kepentingan bangsa-bangsa lain seperti termaktub dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan

 

 
  • Pembinaan modul berkaitan Institusi Raja-Raja Melayu

  • Menganjurkan Program Siri Wacana Titah Diraja

  • Menganjurkan Siri Wacana Ilmu Kursi Institusi Raja-Raja Melayu

  • Mengadakan program seminar;persidangan, konvensyen berkaitan Institusi Raja-Raja Melayu

  • Menjalankan kajian/penyelidikan berkaitan Institusi Raja-Raja Melayu dan Kesultanan Melayu

  • Menerbitkan bahan ilmiah berkaitan Institusi Raja-Raja Melayu

  • Menganjurkan kursus dan bengkel berkaitan Institusi Raja-Raja Melayu

  • Mewujudkan Pusat Repositori/ Muzium berkaitan Institusi Raja-Raja Melayu

  • Menyediakan khidmat perundingan/ nasihat/ ceramah berkaitan sejarah, Perlembagaan dan Raja-Raja Melayu

  • Membina hubungan kerjasama dan jaringan bersama Universiti awam/ swasta, NGO, masyarakat setempat/ pusat-pusat akademik dalam dan luar negara

  • Mewujudkan badan yang berfungsi memberi nasihat/ input kepada Raja supaya berperanan secara objektif, telus, tegas dan berani selaras dengan keperluan semasa

  • Mewujudkan pusat pengajian Institusi Raja-Raja Melayu

 

 

KEDAULATAN 

  • Memartabatkan dan mempertahankan kedaulatan negara dan Institusi Raja-Raja Melayu serta kepentingan dari segi nilai kenegaraan dan sejarah

  • Menjadikan mauduk dan subjek dalam minda dan jiwa rakyat negara untuk menyematkan lagi kesetiaan kepada negara

AGAMA

  • Memperkasa dan mendukung kesejahteraan agama sejajar dengan kedudukan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui penerapan konsep wasatiyyah yang menitikberatkan sifat keseimbangan dan kesederhanaan serta menolak amalan ekstrem yang melampaui batas

PENDIDIKAN

  • Memperkasakan sistem pendidikan dalam negara ke arah pembentukan masyarakat yang berilmu dan bertamadun tinggi melalui penerokaan dalam pelbagai bidang cabang ilmu yang berkaitan termasuklah dalam bidang sains dan teknologi

SEJARAH

  • Membina generasi yang cintakan warisan sejarah, bangsa dan negara ke arah memperkukuh kepentingan negara dan menjamin kemaslahatan bangsa

ADAT ISTIADAT

  • Mendidik masyarakat khususnya berkaitan budaya, protokol dan nilai-nilai adat istiadat Melayu bagi memastikan adat istiadat dilestarikan dan menjadi amalan

EKONOMI

  • Berperanan dalam memastikan sektor ekonomi dapat dibangunkan melalui penganjuran program, penggubalan modul dan pewujudan inisatif serta penerokaan bidang ekonomi yang berimpak tinggi dan mampu melonjakkan pembangunan negara

PERUNDANGAN

  • Berperanan mengukuhkan elemen-elemen warisan yang dimasyurkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perundangan termasuklah berkaitan Institusi Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan perkara-perkara lain yang berkaitan

  • Memastikan setiap warganegara menghormati sistem perundangan yang telah sedia ada ke arah mengekalkan keharmonian dan perpaduan dalam negara

  • Berperanan mengukuhkan pengetahuan rakyat terutamanya generasi muda tentang pelbagai sistem, prosedur, aturan dan tertib yang diamalkan di negara ini sejak Raja Berperlembagaan, Sistem Demokrasi Berparlimen dan Perlembagaan Negara menjadi teras Persekutuan Malaysia

Hubungi Kami

  • Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu
  • Universiti Teknologi MARA
  • Aras 5, Kompleks Al-Farabi, Blok D
  • 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
  • Tel :  03-5544 4114/ 4154/ 4047
  • Faks :  03-5544 3740
  • Email : kursirajamelayu@uitm.edu.my

 

© Hak Cipta Kursi Institusi Raja-Raja Melayu 2021

Penafian & Hak Cipta Terpelihara | Kenyataan Privasi | Dasar Keselamatan ICT

Menu