Sejarah Kesultanan Melayu

 

ASAL USUL KESULTANAN MELAYU

Sejarah Kerajaan Kesultanan Melayu di Malaysia telah bermula dari Kerajaan Langkasuka Purba dan Kerajaan Melayu Melaka. Kebanyakan Kesultanan negeri di Malaysia berakar dari Kerajaan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400 masihi.

Walaubagaimanapun, Kerajaan Kesultanan Kedah terkecuali kerana asal usulnya berasal dari Kerajaan Langkasuka iaitu sebuah kerajaan purba yang diasaskan pada abad ke-2 masihi. Kerajaan Kedah juga merupakan kerajaan yang paling tua di Malaysia dan berkemungkinan juga Kerajaan yang paling tertua di dunia.

 

PENUBUHAN INSTITUSI YANG DI-PERTUAN AGONG

Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Perakuan Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan.Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat cuba menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu. Pada Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.

Jika menurut tempoh lama raja memerintah, Major-Jeneral Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (Sultan Johor) yang dilantik menjadi Sultan pada tahun 1895, merupakan sultan yang paling lama memerintah, tetapi baginda menolak perlantikan tersebut disebabkan telah lanjut usia (ketika itu baginda berusia 84 tahun). Yang kedua dalam turutan, Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Sultan Pahang) yang memerintah pada tahun 1932, tidak mendapat mandat secukupnya untuk dilantik. Yang lama memerintah seterusnya, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang menaiki takhta pada tahun 1933, kemudiannya telah dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong Pertama Persekutuan Tanah Melayu pada masa itu.

 

Senarai Raja-raja yang hadir ketika Istiadat Pertabalan SPB Yang di-Pertuan Agong Pertama adalah:

1.

Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah

Sultan Pahang

1932-1974

2.

Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

1933-1960

3.

Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah

Sultan Selangor

1938-1942,
1945-1960

4.

Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah

Sultan Kedah

1943-1958

5.

Sultan Ibrahim Petra ibni Almarhum Sultan Muhammad IV

Al-Sultan Kelantan

1944-1960

6.

Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail

Raja Perlis

1945-2000

7.

Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III

Sultan Terengganu

1945-1979

8.

Sultan Yusuf Izzudin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasruddin Shah

Sultan Perak

1948-1963

9.

Tunku Ismail ibni Sultan Sir Ibrahim

Tunku Mahkota Johor

1959-1981

 

Sumber: Laman Web Rasmi Istana Negara

Hubungi Kami

  • Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu
  • Universiti Teknologi MARA
  • Aras 5, Kompleks Al-Farabi, Blok D
  • 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
  • Tel :  03-5544 4114/ 4154/ 4047
  • Faks :  03-5544 3740
  • Email : kursirajamelayu@uitm.edu.my

 

© Hak Cipta Kursi Institusi Raja-Raja Melayu 2021

Penafian & Hak Cipta Terpelihara | Kenyataan Privasi | Dasar Keselamatan ICT

Menu