6-7 April 2021 - Bengkel Modul Kursus Kedaulatan Monarki Bengkel ini telah dihadiri oleh Fasilitator yang berkemahiran, berpengetahuan dan mempunyai kepimpinan dalam pelaksanaan penganjuran Kursus Kedaulatan Monarki 1 sebelum ini iaitu, Dr Meer Zhar Farouk, Pensyarah Kanan, UiTM Cawangan Kelantan dan Encik Fairus Muhamad Darus, Pensyarah Kanan UiTM Shah Alam. Turut dihadiri barisan Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu sebagai panel penulis bagi modul tersebut dengan bimbingan Fasilitator. Bengkel ini juga diserikan dengan kehadiran Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM.
Penganjuran bengkel ini adalah bertujuan untuk membantu fasilitator bagi membuat persediaan pelaksanaan kursus dan memuktamadkan modul yang dibina serta memacu pencapaian yang dipertanggungjawabkan ke atas Kursi Institusi Raja-Raja Melayu amnya. Kesemua yang hadir telah bersama-sama mencurahkan idea, berkongsi pendapat dan memurnikan cadangan yang diutarakan sepanjang bengkel dilaksanakan. Hasil bengkel ini berjaya merencana perkara yang diperlukan dan bersesuaian dengan objektif bengkel ini diadakan. Semoga bengkel modul ini berjaya menghasilkan perancangan yang memacu pelaksanaan kursus bersiri dalam melonjakkan kecemerlangan terhadap kelangsungan, kecintaan serta kebijaksanaan melalui penglibatan mahasiswa dalam memperjuangkan Institusi Beraja di Malaysia.
|
||||
8-9 Januari 2021 - Bengkel Perancangan Strategik Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Antara objektif penganjuran bengkel adalah untuk meningkatkan pelaksanaan program/aktiviti yang berimpak tinggi. Selain itu, pelaksanaan bengkel ini merupakan satu platform kepada Penyandang dan Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu memberikan pandangan dan idea bagi pelaksanaan program-program tahun 2021.
Turut hadir YBhg. Prof. Dr Shamrahayu Ab. Aziz, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu. YBhg. Prof juga telah memberikan ucapan kata alu-aluan pada hari pertama bengkel dijalankan. YBhg. Prof mengharapkan proses bengkel ini dapat dilaksanakan dengan baiknya disamping membincangkan semula program/aktiviti yang tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2020 serta memfokuskan kepada dua (2) aspek penting iaitu penyelidikan dan penerbitan khususnya.
Selain itu, pejabat Kursi juga telah mengundang tetamu khas iaitu, YBrs. Encik Mohd Helmi Bin Abu Yahya, Pegawai Khas Naib Canselor UiTM. Semasa sesi khas bersama, Encik Mohd Helmi turut menekankan peranan Kursi bagi dapat sesuaikan perancangan program/aktiviti dengan isu semasa kini.
Encik Mohd Helmi menyarankan agar fungsi Kursi perlu ditambahbaik supaya dapat menyemaikan semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa/siswi terutamanya serta meningkatkan pengetahuan sejarah asal usul berkaitan Institusi Beraja. Malah, perkongsian yang amat bermakna daripada beliau juga, pejabat Kursi mengambil kira semasa sesi bengkel dilaksanakan.
|
||||