Apabila baginda Tuanku bertitah, anda hendaklah menggantikan "Tuanku" setiap kali bersetuju bagi menggantikan "Ya".
Adalah manis jika digunakan "Ampun Tuanku" atau "Tuanku" samada di pangkal atau di penghujung ayat semasa bertutur.
Menggunakan sebutan pendek atau ringkas tidak digalakkan seperti : -
Perkataan Ringkas
|
Sebutan yang betul
|
"Tuanku minta air" |
"Kebawah Duli Tuanku titah berkenan hendakkan air" |
"Tuanku main golf" | "Kebawah Duli Tuanku telah berangkat minta bermain golf" |
Adakalanya anda menjawab titah soalan/titah pertanyaan Tuanku, tetapi anda dengan spontan menjawabya.
Adakalanya jawapan anda itu tidak betul dari bahasa Istana tanpa disedari.
Titah tanya Tuanku |
Jawapan yang betul | Jawapan yang tidak betul |
"Awak sudah makan". | "Ampun Tuanku, patik sudah ayap Tuanku". | "Ampun Tuanku, patik sudah santap Tuanku" . |
"Mana pergi bola saya" |
"Ampun Tuanku, patik kurang periksaTuanku". | "Ampun Tuanku, patik tidak tahu Tuanku". |