Visi
Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Misi
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

Objektif
1. Memberi kesedaran dan kefahaman yang jelas dan tepat kepada masyarakat terutamanya generasi muda mengenai kepentingan Sultan dan Raja serta sejarah dan asal usul keturunan mereka;
2. Bertindak sebagai pusat rujukan Kesultanan Melayu untuk menangani isu berkaitan Raja-Raja Melayu;
3. Bertindak sebagai satu entiti yang menggariskan polisi berkaitan dengan Raja-Raja Melayu;
4. Menjelaskan tentang wasiat Raja-Raja Melayu yang menjadi nadi kepada roh semangat Melayu dalam jiwa masyarakat; dan
5. Menjelaskan peranan Raja-Raja Melayu yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kepentingan dan kedudukan orang-orang Melayu tanpa mengabaikan kedudukan dan kepentingan bangsa-bangsa lain seperti termaktub dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.