Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal bin Kling dilahirkan pada 27 November 1944 di Negeri Melaka pada zaman penamat pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Beliau telah membesar dalam suasana kampung dan bersekolah Melayu pada tahun 1950. ‘Sekolah Melayu’ satu-satunya bentuk persekolahan yang berasa di hampir semua perkampungan Melayu. Hanya setakat darjah enam rendah, anak-anak Melayu akan sentiasa menjadi buruh, petani, nelayan atau polis dan tentera yang menyabung nyawa demi keselamatan semua orang iaitu berada di lapisan bawah masyarakat. Itulah yang dirancang oleh penjajahan Inggeris, kecuali beberapa orang yang menjadi pegawai dan pekerja rendah di jabatan kerajaan.

Ura-ura kemerdekaan dan kesedaran sebilangan kecil pembesar dan pegawai Melayu seperti (Tun) Abdul Razak yang menjadi Menteri Pendidikan dengan ‘Laporan Razak’ pada tahun 1956 di Government English School, Pasir Putih, Ipoh. Inilah usaha pertama penubuhan Sekolah Menengah Melayu yang selama ratusan tahun pendidikan Melayu hanya setakat sekolah rendah. Walaupun telah ada sistem ‘SMC’ (Special Malay Class) yang dimulakan sebelum perang, namun aliran ini hanya memasukkan murid-murid sekolah Melayu ke Government English School.

Sekolah Menengah Melayu itu kemudian menjadi Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Tiger Lane Perak iaitu, sebuah sekolah moden yang mengabadikan nama DYMM Yang DiPertuan Agong Pertama. Dari anak kampung bersekolah Melayu yang amat daif kepada yang termoden dapat membuka manfaat kepada beliau sehingga tingkatan enam dan masuk ke Universiti Malaya pada tahun 1964. STAR memang menjadi bintang terang di langit bangsanya untuk memungkinkan ribuan anak Melayu naik dalam tahap-tahap pendidikan, yang tidak lagi hanya keluar menjadi penghuni kelas daif dan melarat. Demikianlah kehidupan di asrama selama satu dekad di sekolahnya membesarkan Zainal dalam belenggu kejam – vicious circle – penindasan pendidikan Melayu.

Kemudian, beliau menyambung pelajaran di Universiti Malaya (UM) dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (B.A. Hons) pada tahun 1964-1966/67, Ijazah Sarjana Satera (M.A. Hons) di universiti yang sama pada tahun 1967-1969/70 dan seterusnya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Ph.D di University of Hull, England pada tahun 1970-1973/74.

Sejarah kerjaya Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal bermula ketika beliau ditawarkan tenaga pengajar (tutor) di UM Jun 1967 sehingga September 1969, kemudian menjadi Pembantu Pensyarah dari Februari 1974 – Disember 1977, dianugerahkan gelaran Prof Madya dari Disember 1977-1992 dan beliau dilantik sebagai Profesor penuh pada 1992.

Di samping itu, Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal pernah menjadi pensyarah sambilan di Univerisiti Kebangsaan Malaysia pada 1977/78, Pemeriksa Luar (M.A.) Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1980/81, pensyarah sambilan dan penyelaras kursus di Institusi Pengajian Tinggi, Universiti Malaya pada 1983/85, pensyarah sambilan subjek Antropologi Sosial untuk Kursus Lanjutan Persijilan Jururawat, Hospital Universiti pada 1985/89, Occasional Lecturer in Social Analysis in Police College, Kuala Kubu Bharu dan di Special College, Kuala Lumpur 1985, pensyarah sambilan di Sociology, State University of New York (SUNY-ITM) Join Ecucation Programme, Subang Jaya, 1985/89, Ahli Jawatankuasa Penyemak Silibus Pemandu Pelancongan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia, 1988 dan pensyarah sambilan untuk Tourist Guide Courses, TDC Malaysia, 1989.

Selain itu, Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal turut menjalankan kerja-kerja pentadbiran sebagai Principal, Fourth Residential College, UM, Mei 1976 – Disember 1978, Deputy Vice Chancellor, Students Affairs, UM, Disember 1978 – april 1982, Head Department of Anthropology & Sociology, UM, April 1984/88, Dean Faculty of Arts & Social Science, UM, Mei 1993 – April 1995 dan Deputy Vice Chancellor, Students Affairs, UM, Mei 1995 – Mei 1998.

Sebagai seorang tokoh akademik, Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal banyak melibatkan diri sama ada membentang kertas kerja atau sebaliknya dalam kursus, latihan dan seminar. Antaranya Simposium Dunia Melayu, 1996, Seminar Melaka Bandaraya Bersejarah Negeri Berbudaya, Simposium Secretariat Melayu Antarabangsa, Seminar Management Of Higher Education Institusions, Seminar Management Of Faculties Institution, 1996, Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu, 1996, Delegasi Ilmiah Antarabangsa Sekretariat Pengembangan Kerjaya 1996, Bengkel Penilaian Kata Masukan Ensiklopedia, DBP, 1996, Dialogue Among Asian Culture 1996, Seminar Warisan Persuratan Johor, 1996, Persidangan Kebangsaan Pembentukan Bangsa Melayu 1996, Bengkel Penilaian Kata Masukan Bandaraya Melayu Bistari 1996, Bengkel Penilaian Kata Masukan Ensiklopedia Sejarah & Kebudayaan Melayu Sedunia 1996, Seminar Adat Melayu Serantau 1996, Konvesyen Masyarakat Madani 1996, Simposium Melayu Sedunia 1996, Bengkel Penilaian Ensiklopedia Sejarah & Kebudayaan 1996, Bengkel Pengurusan Atasan Universiti Malaya 1996, Bengkel Pembinaan Kata Masukan 1996, Forum Reformasi Pendidikan Di Malaysia ke Arah Pendidikan Cemerlang 1996, Bengkel Visi & Misi Kebudayaan Kebangsaan Abad Ke-21, 1996 dan Persidangan Perancangan Tahunan Universiti Malaya , 1996.

Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal turut memberi sumbangan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pakar Bidang Ensiklopedia Dunia, Pengerusi Pakar Bidang Kebudayaan, Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Ahli Lembaga Pengelola DBP, Ahli Jawatankuasa Penerbitan DBP, Ahli Majlis Pemandu Basmi Kemiskinan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Ahli Jawatankuasa Penilai Institusi Terjemahan Negara Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pakar, Institusi Kajian Sejarah & Patriotisme Malaysia (IKSEP), Ahli Gabungan Persatuan Penulisan Nasional Malaysia (GAPENA), Ahli Pesatuan Linguistik Malaysia dan Ahli Persatuan Diraja Bahagian Malaysia (MBRAS). Beliau juga bertugas di Jabatan Pengajian Malaysia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Ahli Lembaga Pengurus (UPSI), Ahli Majlis Penasihat Institut Sosial Malaysia, KPWKM, Ahli Majlis Profesor Negara (MPN), Ketua, Kluster Sejarah, Kebudayaan dan Bahasa, MPN, Editor Bersekutu (Associate Editor) Jurnal Perspektif (Jurnal Sains Kemanusiaan), Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI, Ahli, Lembaga Pengarah Universiti (LPU), UPSI, Ahli Lembaga Penasihat, Arkib Negara Malaysia (ANM) dan Ketua Pakar Bidang Kebudayaan dan Kesenian, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Bermula pada 1 Julai 2018 beliau berkhidmat di UiTM sebagai Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu sehingga kini.

Sumber: ARKIB NEGARA